Isnin, 21 November 2011

20.11.2011 MARI BERCINTA CINTA


Lame dah tak share ape2 kat dalm blog aku nie.....
terlalu sibukk
sekarang cuti sem, boleh lah aku update sikit2...
terpanggil untuk bercerita tentang tarikh 20.11.2011.
cantik kan tarikh tuh.......
ade yg memilih tarikh tuh untuk bercinta cinta...
nahh.......
aku juge memilih tarikh itu untuk bercinta...
bercinta dgn selayaknya,,,
tak semestinya tarikh cantik nie kiter perlu create relationship...or si teruna mengajak si dara bercinta cinta..
tapi kalau tarikh ini dipilih untuk nikah, bertunang....tak ade lah salah....
maksudnye disini...aku ajak kamu semua  tidak menyempitkan kepale otak tuh dgn hanye mencipta kenangan bersame teruna dan dara sahaja pade tarikh cantik sebegini...
mari sy ajak kamu semua untuk bercinta cinta bersame keluarga....sahabat....dan org sekelilingmu.....
kenangan aku pade 20.11.2012.. bercinta cinta bersahme keluarga di DesarU..
berkelah sambil makan nasi lemak
melihat teletah si kecil
melihat tingkah laku manusia
mendengar deruman ombak
tido di atas tikar sambil melayan angin sepoi2 bahase....
terlalu banyak nikmat ALLAH yg beri.........
syukur ALHAMDULILAH

Khamis, 30 Jun 2011

CINTA

Cinta..

Emm tiba-tiba hati rasa berbunga-bunga untuk berbicara tentang cinta ^__^


Cinta, cinta, cinta..
persoalan yg takkan pernah lapuk dek hujan.
Persoalan yg sentiasa relevan di sepanjang zaman.
Buka sahaja topik tentang cinta, pasti akan laku seperti pisang goreng panas.


Apabila berbicara tentang cinta, mata yg layu mampu kembali segar.
Bila di kelas, sebut tentang cinta, jodoh atau  kahwin..fuh masing-masing duduk tegak.
Mungkin itulah penangan cinta.


Cinta..menyegarkan.
Bahagia.
Menyeronokkan.
Membuai.


Cinta..
setiap insan mendambakannya.
Di situ lah sumber kebahagian.
Sumber keyakinan.


Cinta fitrah hati..
Sebagaimana tubuh memerlukan makanan.
Sebagaimana jasad memerlukan rehat.
Begitu juga hati..
Tanpa cinta, hati sunyi..
Tanpa cinta, hati mati…
Indahnya cinta, ibarat baja ajaib yg mampu menyuburkan jiwa insan…
Cinta ibarat suntikan ghaib yang mampu membuat manusia tersenyum…


Namun..
Tubuh yang terlebih rehat akan memudaratkan.
Jasad yang terlebih makan boleh membawa kepada obesity..
Begitu juga hati…
Jika cinta yang datang mengisi itu adalah cinta yang suci murni..
Maka hidup dan sihatlah hati tersebut..
Namun, jika cinta yang mengisi hati itu adalah cinta yang berlandaskan nafsu
Maka bersedialah untuk menanggung peritnya penyakit matinya hati..


Wahai saudara-saudara ku sekalian,
Aku juga manusia,
Yang punya hati,
Maka aku juga perlukan cinta.


Hampir 20 tahun aku menumpang hidup di bumi Allah..
Dan sepanjang meniti arus hidup sebagai remaja…
aku sentiasa menilai cinta dalam dua persepsi…

Pertama, 
aku melihat cinta dalam persepsi remaja. 


Kedua,
 aku melihat cinta dalam persepsi remaja islam…


CINTA DALAM PERSEPSI REMAJA KU:
-cinta dimulakan dengan couple.


-bercinta sebelum kahwin membuat kita lebih memahami pasangan kita.


-lelaki yang selalu pergi surau, pakai songkok, baiklah tu..sesuai dijadikan pasangan.



CINTA DALAM PERSEPSI REMAJA ISLAM KU:
-cinta dimulakan dengan melangkah ke gerbang perkahwinan.


-matlamat tidak menghalalkan cara.


-at toiyibat littoyyibin wattoiyibu littoiyibat. Allah tak mungkir janji.


-perkahwinan adalah satu tanggungjawab. 
(Tanggungjawab pada pasangan, 
keluarga pasangan, zuriat yang bakal dilahirkan.
Dan yang paling utama, perkahwinan adalah antara titik besar pelaksanaan tanggungjawab ku pada umat dan agama Islam. 
Masakan tidak, bukankah akad nikah merupakan tiket untuk peribadi muslim seperti kita mencetak generasi islam seterusnya. 
Adakah kita mahu terus menyumbang kepada lahirnya manusia-manusia yang mengaku islam dengan sekadar tercatat “muslim” di ic mereka, sedangkan hidup langsung tidak menggambarkan dia seorang muslim. Cukuplah selama ini bersepah manusia yang merasa cukup dengan sekadar cop muslim di ic mereka itu.) 


-Allah SWT tahu jodoh yang terbaik buat kita.


-CINTA ALLAH adalah segala-galanya…


……………………………………end of those perceptions………………………………………………


Suka untuk saya mengupas beberapa point di atas.
Baik,
“bercinta sebelum kahwin membuat kita lebih memahami pasangan kita” 
Dan
 “lelaki yang selalu pergi surau, pakai songkok, baiklah tu..


Betul ke…?
Saudara-saudara seaqidah ku, mari kita fikir bersama.


Bila kita bercinta dengan seseorang (cinta sebelum nikah, senang cito “couple”)…
Berapa kali kita jumpa dia dalam sehari…?
Emmm…


Kat kuliah   = ±6jam
Luar kuliah = ±4jam
Total            = dalam 10 jam sehari kita jumpa si dia (maaf saya tak pandai math)


Dalam 10jam itulah kita guna untuk kenal dia sebaiknya.
Ok. 
Si dia,
Cakap sopan dan tak mencarut-carut.
Adab dan tatasusila jaga.
Tak tinggal solat.
Tak pandang perempuan lain.
Care tentang kita.
Smart dan hensem sentiasa.
Perfecto la..!!
Sangat sesuai dijadikan suami..


Tapi hakikatnya…
Mari kita berfikir dengan mata hati dan akal yang waras..


Betul ke dia seorang perfecto seperti yang kita jangka…?


Betul ke dia tak pandang perempuan lain, bila kita tidak di sampingnya…?


Betul ke kita yang sentiasa di hatinya, sedangkan si dia mampu untuk sms dan calling2 dengan gadis lain di belakang kita…?


Adakah hanya dengan ±10jam sehari itu anda mampu membuat penilaian bahawa si dia adalah pasangan yang terbaik buat anda.


Lagi 14jam baki hidupnya anda tidak tahu apa yang si dia lakukan…


Jeng..jeng..jeng…


Saya terbau sesuatu,
Rasanya seperti bayu curiga mula berhembus di sini..
Jangan risau sahabat-sahabatku..
Takkan ku biarkan hati mu itu terus runsing.


Di sini suka untuk daku berkongsi ubatnya.
Ubat yang mampu membuat kita bahagia.
Bukan sahaja di dunia
Malah akhirat sana.
insyaAllah..


baik…
saya yakin kita mahukan perkara yang sama.
Yakni KEBAHAGIAN.
Disebabkan itu anda terus membaca artikel ini bukan..?


Baik, mudah sahaja…
Setiap kita mahukan pasangan yang terbaik.
Tapi adakah terbaik di mata kita itu, adalah yang terbaik di mata Allah…?
Jangan kita lupa sahabat,
Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 216..


boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”


tapi dia selalu pergi surau, pakai songkok, jaga pandangan…”


Alaaa…berapa minit dan detik sangat kita nampak dia.
Saya bukan mengajar anda untuk su’u dzon.
Tapi saya ingin kita bersama membetulkan persepsi kita.
Agar kita tidak menyesal di kemudian hari…


Siapalah kita untuk menilai seseorang.
Jangan tertipu dengan luaran sahaja.
Kita tidak tahu hakikat sebenar.

Baik, kembali kepada persoalan pokok…
Macam mana nak cari pasangan yang baik…?
Yang boleh membuat kita bahagia dunia dan akhirat.


Senang je..
Serah je pada Allah.
Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
DIA 24jam awasi hamba-hamba Nya.
DIA je yg tahu hakikat sebenar si dia baik atau tak…
Berdoalah kepada Allah moga di berikan jodoh yang soleh dan beriman.


Namun jangan kita lupa wahai sahabat-sahabat,
Firman Allah dalam surah an nur ayat 26,


“perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik….”


Mungkin benar, si dia seorang yang soleh dan beriman.
Tapi adakah kita telah cukup baik dan solehah untuk menjadi suri hidupnya…?


Maka titik tolak nya di sini adalah,
Kita yang perlu merubah diri kepada seorang yang solehah terlebih dahulu,
Agar layaklah kita untuk mendampingi seorang insan yang soleh.


Namun, suka untuk saya ingatkan diri saya dan saudara-saudara seaqidah yang amat ku kasihi sekalian…
Apalah guna kita berubah semata-mata kerana manusia..?
Berhijrahlah kerana Allah..
Di sana kita kan menjumpai hakikat manisnya iman..
Di sana juga kita akan menjumpai hakikat redha Illahi…


Berubah dan berhijrahlah kerana Allah…
Kerana CINTA NYA semata.
Itulah bahagia yang sebenar.
Itulah rindu sebenar.
Itulah CINTA segala cinta….
Marilah sahabat merebut CINTA ILLAHI.
CINTA yang tidak akan pernah mengecewakan para penagihnya…


…………………………………….cakap tentang cinta ni 1000page pun takkan habis……………………..


Marilah saudara-saudara seaqidah yang amat ku sayangi sekalian..
Pandanglah cinta dengan kaca mata iman
Di sana pasti kan tersuluh jalan,
Jalan bahagia,
Dunia dan akhirat insyaAllah..
Wallahua’lam~~


Ahad, 26 Jun 2011

DIGI LEAP

SANGAT SERONOK!!
Program DIGI LEAP nie anjuran faculty of business, faculty aku la tuh..nie baru UNTONG hehe
Pertama kali join aktiviti under fakulti..&program nie full in english...
program nie tak memerlukan kitorang tido kat sane..&dan hanye berlangsung selame 2 hari....
 kitorang melawat tempat kerja diorang,Office diorang memang best, ape yang bestnye

  • BEBAS
  • TAK FORMAL (g keje pakai suar pendek pun tak pe hehehe '=P)
  • ADE SPA

Program nie lebeh melateh kitorang untuk berpikir luar dr kotak...Berani Tanggung Risiko..Innovative&Creative.

Advantage yg kitorang dapat....kitorang dapat save bajet makan selame 2 ary... memang kenyang la kan hehehehe....dapat simcad Digi lagi dgn plan prabayar intenet. ..dapat beangle DIGI....dan aku terpilih untok di interview...secare kumpulan dgn individu.....:)) diri ini dapat masok video camera hahaha....1 lg gmbr kitorang masok kat page DIGI YOUTH FACEBOOK

Alhamdulilah semuanye berakhir dengan kegembiraan & pulang dengan pengalaman bermakne lagi.
Terimekaseh pade ima yang ajak kami.

HOORAYYY!!!!

KAMI YANG SANGAT SUPPORTING

KAMILAH BINTANGGGG!!!!

BENA DGI LEAP ROGRAM

KENDURI SAKAN Budak BHRM nie!!

(^_^)

MINGGU TEKAD SISWA INTAKE APRIL (ORIENTASI) SENIOR VS JUNIOR

Aku berjaya terpilih menjadi fasilitator Minggu Tekad Siswa yang berlangsung pada 4/4/2011
Niat aku pertamanya mencari pengalaman lilahitaala.. dan pengalaman itulah yang aku dapat.
Banyak yang aku Belajar. Aku belajar erti kate ape itu SUKARelawan...? dan Apa itu Fasilitator...?  Sukarelawan ialah orang yang rela membuat satu tugasan tanpa mengharapkan balasan, juga orang yang sanggup menerima keaadaan susah mahupun senang di mana tempat dia berada. Fasilitator pula, ialah Pemudah cara bg seseorang.TUgas kami ialah Pemudahcara bagi New student.
selain itu, aku jugak dapat mengembangkan kenalan..tak de la just kenal budak 1 kos aje. Alhamdulilah mereka sume baik2 belaka.dan sangat komited melaksanakan tugas.AKu betul2 salute dengan diorang.
 Sebelum kitorang dilantik menjadi fasi secara rasmi..kitorang diberikan Kursus.. kursus yang aku jaalani memang sangat critical thingking. Memang Kelam kelibut. tapi sumenye undercontrol sbb ahli kumpulan mainkan peranan memasing.SANGAT SERONOK!!


  • Night walk (pegi Kubo oooo!)
  • Vistana Impian (rumah &ladang)
  • ESQ
  • Pipe balancing (kitorg beramai2 d suruh meluruskan paip pvc yang panjang)
  • Holding On you (GAGAL! sbb tak dapat tegakkan batang paip setinngi 5 paip pvc)
  • LiST the ProbLem (bersame Puan NOraisyah)

Tiba pade hari MTS, aku dilantik dibawah exco pengangkutan. Tugas aku ialah memastikan bas jemput dan ambil freshie. Perkare yang aku tak suke buat semase menggalas jawatan aku nie ialah....
"Mengejutkan Pak cik Bas pada awal suboh supaye bangun hantar freshie ke kampus" sebab terase dah macam bini diorang hahahaha :P walaumacamanepon aku tetap laksanekan dengan bersungguh sungguh. Antara cabaran yang aku kene tempuh selama minggu MTS adalah


  • Cabaran1 : Kelam kabut menyusun atur fresie...takot ade yang tertinggal!
  • Cabaran2: Selalu kene bersedia On call..freshie ade yg sakit, minta hantar ke hospital, tertinggal telekung dkat Hostel,,adeh!
  • Cabaran 3 : Bersame dgn disiplin selalu memastikan sumenya berjalan dgn lancar.
  • Cabaran 4 : Tahan  melaayan karenah setiap freshie......
 Aku maseh ingat seorang Freshie pernah tanye macam nie "akak tak penat ker buat sume Nie" akak dapat duit tak" mase tuh aku hanye mampu tersenyum kelat...dalam hati, aku hanye bole menjawab
 kalaulah adek faham..adek tahu tentang erti kate SUKARELWAN & ertikata FASILITATOR.. adek mesti tak tanye macam Nie...1 yg adek perlu faham HIDOP IALAH MEMBERI.


MTS berakhir dengan Malam penutop bertemakan PELANGI IMPIAN.
SANGAT SERONOK!! kelihatannya Freshie2 sangat gembira...dan kami sebagai fasilitator pon turut gembira sbb dah habes tugas..hihi...


Pastinya ade kekurangan insyallah akan diperbaiki lagi pade MTS akan datang ;)) Maaf dipinta dari kami sebagai fasilitator anda.Harap Kamu semua Berjaya dengan Impian masing2 & jangan lupe kitorang yang pernah menjadi pemudahcare bg korang.....

Selasa, 14 Jun 2011

Aku kembali Menulis...

Aku kembali menulis...
setelah sekian lama aku mendiamkan diri dari BLOG nie untuk berkongsi cerita hidopku
sebenarnye aku kecewa dgn segelintir komenter...
salahkah aku mahu menulis tentang kesah hidop ku..
di sini lah aku abadikan sebahaagian kenangan aku..
tapi di salah ertikan... dengan menganggap aku hanya mempunyai niat tertentu kerana menulis seperti itu!
aku sedikit keciwa kerane terpakse mendelete post entry aku sebelum nie...
2 post telah aku deletekan..2 karya aku terpaksa aku padamkan
aku malu sebenarnye d komen sebegitu rupe....Bukannya aku tak boleh memadam sahaje komen tersebut, tapi memandangkan aku tak mahu disalahertikan penulisan ku itu, aku teros memadamkanye tanpe berfikir panjang...Tak mengapelah 
tapi dari situ aku tahu tak semuanye org suke dgn ape yg aku buat, tak semuanye org paham dgn ape yg aku buat, tak semuanya org senang dengan ape yang aku suke buat,
mungkin d saat ini maseh berbaki marah ku....tapi aku sendiri rindu untuk menulis, rindu untuk berkongsi suka duka hidopku, rindu untuk berkarya dan rindu untuk meluahkan segale rase ku disini..
untuk kuharapkan manusia mendengar setiap raseku..Tak same rasenye dgn aku menulis...
Dengan Blog inilah tempat aku menulis
tempat aku meluah rase
tempat aku menyimpan sebahagian kenangan  aku di sini....
Harap penulisan aku tak di salah ertikan lagi
Biarkan Aku terus Menulis...

Isnin, 28 Mac 2011

I am SORy I LOVe You.....

 so joong han saram (My Precious Person) 
Oleh: Kim Sung Pil

nawa kachee hamkkehal
ojeek hansaram
noonkamado eonjena
hangsang bo-eeneun saram
bogosheepdan maldo
jo-ahandan maldo
ajeek naegen hanjeok
eopjeeman

nae kaseume sarangeul
allyeojoon saram
oraen sheegan kyeot'eseo
nareul parabon saram
eejen naega keudaereul
jeekyeojoolkeyo
parabolgeyo
pyeonhameopshee

*eonjena keudae
weonhago-eettjyo
eereok'e keudael
keedaryeowattjyo
eesoongan yeongwont'orok
hamkkehal
haneuree ponaejoon
sojoonghansaram
keudae-eengeojyo

keudael weehae haengbogeul
jooneun hansaram
jeecheen haroo-eh kkeut-e
keudael anajool saram
eejen naega keudaereul
saranghalkeyo
akkyeojoolgeyo
keudaemaneul

*repeat

keudael saranhaneun eel
keudael ootgehaneun eel
keugeot hanaman
saenggak'ago

keudael keureeweohago
keudaeman parabogo
keudae hangbogeuro
salgesseo
(sesange tan hana neol
weehaeseo)

saranghae eereon noonmooree
nado
saranghae keudae nareul
ddeonado
eesoongan yeongweont'orok
hamkkehal haneuree
ponaejoon
sojoonhansaram
keudae-eenkeojyo?

[ENGLISH – Terjemahan]
There's that one person that was always there with me
I can always see them, even if I close my eyes.
Even though they haven't told me that they missed me or liked me.

That person taught my heart of love.
That person for a long time has been by my side watching me.
Now I'll protect you. I'll watch you, without change.

Always I was wanting you.
I've waited for you like this.
You are that special person that the heaven's have
sent to me for me to be with forever from this moment on.

The only person to give happiness to you.
The person to hold you at the end of a hard day.
I'll love you now.
I'll treasure only you.

Always I was wanting you.
I've waited for you like this.
You are that special person that the heaven's have
sent to me for me to be with forever from this moment on.

Ways to love you, ways to make you laugh, I'll think of only those things
and long for you, watch only you and live on through your happiness.
(for only you this in this world)

I love you, even if these tears come.
I love you, even if you leave me.
You are that special person that the heaven's have
sent to me for me to be with forever from this moment on.

Selasa, 22 Mac 2011

Aku Dan Aktiviti...

aku memang begini sejak dulu lagi di sekolah rendah mahupun sekolah menengah suke sangat beraktiviti.... sekrang dah masuk alam universiti pun aku maseh aktif lagi..cume bagi mengimbangi pelajaran ade beberape aktiviti aku tak dapat nak ikot..jd kalau aku tak ikot walaupun aku giler aktiviti satu jer sebab, sebabnya aku nak utamekan pelajaran aku,so dont ask me question Kenape hehehe..
Aku bersame menteri besar Selangor Tan Sri Mohd Khalid
aku senang join camping, kem motivasi, khidmat masyarakat,mase sekolah dulu kadang2 aku ikot bertanding hehe..
Bersame rakan seperjuangan aku yg punya minat yg sama

Program khidmat masyarakat belia Bersama KOmuniti


Aku dalam Konvoi Ramdahan 

Bersama Datin Halimah Menteri Pengajian Tinggi Selangor


Mengacau Bubur lambuk bersungguh2 nampak cik atikah oi hehe
aku memang begitu...aku dan aktiviti memang tak dapat dpisahkan,, bagi aku selagi usia maseh muda dan maseh tak banyak tanggungjawab yg aku kene pikul..aku akan join bermacam2 aktiviti yg aku nak,,, kenape? kenape? ape motif aku? aku sukekan pengalaman...bagi aku pengalaman tuh kalau tak di tempuh sendiri memang tak dapat aku nak pelajarinye,,,, kedua, membawa aku ke dunia baru..maksudnye  dari situlah aku kenal bermacam2 karenah orang..perihal orang..dan mungkin aku dapat kenal diri aku juga...n dapat meluaskan lagi kenalan aku..aku suke berhadapan gn manusia.... wajib untuk aku,jgn terlampau suke sangat n wajib untuk aku juga menjaga batas2 pergaulan dan hubungan aku dengan ALLAH... jangan kiter sebok beraktivi sembahyang kiter tinggalkan.. jgn kiter seronok menikmati pemandangan ciptaan ALLAH tapi batas pergaulan kiter tolak ketepi...aktiviti  outdoor kesukaan aku..akan aku teruskan juga tapi aku akan menjaga diri aku agar reda ALLAH tetap bersama dengan aku.. Kepada pengunjung2 blog aku...d sini ade sikit2 gambar2 aktivii aku  di Unisel Bj.. tengoklah!! enjoy it... hehe ^_^